Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 September 2012

Balu Pejuang Kemerdekaan Meninggal Dunia

Berita Kematian Balu Pak Sako seorang Nasionalis dan juga Pejuang Sastera "tukanglawan" dapat bila baca Tweet Pak Syed Husin Ali sebentar tadi. Aishah @ Esah bt Husin Pernah aktif dalam AWAS, (Angkatan Wanita Sedar) iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sedikit Sejarah Aishah Husin dan Penglibatan dalam AWAS, Kita sedikit lupa siapa Aishah bt Husin, beliau sebenarnya seorang pemimpin yang harus kita hormati, Selain dari Aishah Ghani (Bekas menteri Kebajikan Masyarakat) dan Shamsiah Fakeh, Aishah Husin adalah antara pemimpin awal dalam AWAS, jadi selayaknya beliau kita gelar "pejuang kemerdekaan". tetapi kerana perjuangannya bersifat "kiri" maka jarang dihebahkan peranan besarnya dalam menuntut kemerdekaan negara ini. AWAS bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. 


Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis. Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948, lebih kurang 10 tahun sebelum merdeka. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, semoga pejuang kemerdekaan ini dicucuri rahmat.~tukanglawan

Tiada ulasan: