Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 27 September 2012

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 Baik Untuk Sabah Sarawak ?

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin melihat belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan memberi satu impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Malah menurut beliau, perancangan Pakatan Rakyat yang ingin membina lebuhraya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.

Pakatan Rakyat melalui belanjawan bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentangkan semalam meletakkan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat melihat kemudahan jalanraya di Sabah dan Sarawak amat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.

Di mana rakgkaian jalan di Semenanjung mencapai 35,735 km menjelang 2009, manakala gabungan jalan di Sabah dan Sarawak hanya 10,171 km.

Menurut Lajim lagi, kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini telah menjanjikan pembinaan lebuhraya tersebut namun sehingga kini belum ada sebarang tanda mahupun isyarat yang mereka ingin laksanakan.

"Sabah dan Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dan merupakan pengeluar minyak dan sumber hasil bumi yang amat banyak.

"Namun apa yang rakyat di sana dapat, malah tidak ada satu pun pembangunan mega dilakukan terutamanya pembinaan lebuhraya yang menghubungkan ke dua-dua buah negeri," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Beliau yang cukup yakin dengan apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat kerana agenda yang dibawa adalah untuk memastikan dan memberi keutamaan kepada rakyat terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung.

"Jadi harapan saya agar rakyat Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat jika ingin melihat pembangunan serta kehidupan mereka berubah pada masa yang akan datang.

"Atas dasar itulah saya dan kawan-kawan meletak jawatan serta meninggalkan Barisan Nasional adalah semata-mata untuk berjuang demi kesejahteraan rakyat di sana," sambung beliau lagi.

Lajim yang ketika ditanya pengalaman beliau sewaktu berada di dalam Barisan Nasional dengan apa yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya dalam urusan belanjawan.

"Bagi Barisan Nasional mereka memang bentang bajet seperti biasa dengan mengumumkan peruntukan untuk kebaikan rakyat tapi pada masa yang sama kita boleh nampak rakyat Sabah dan Sarawak yang miskin semakin miskin manakala yang kaya terus mengaut kekayaan.

"Saya tidak mempunya satu harapan yang tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional tetapi dengan adanya pendekatan Pakatan Rakyat, saya yakin bahawa apa yang akan dilaksanakan di negeri-negeri tersebut memberi impak yang besar kepada kedua-dua negeri, apatah lagi dengan pemberian 20 peratus royalti minyak," kata beliau lagi

Beliau yang yakin dengan peruntukan 20 peratus royalti minyak itu bukan sahaja pembangunan di Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan malah rakyat negeri itu akan keluar dari garis kemiskinan.

Pakatan Rakyat selain daripada perancangan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu itu turut akan memperluaskan dan menaiktaraf rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak yang kini terdiri hanya pada 134 km sahaja.

Pakatan Rakyat berpendapat dengan terlaksananya pembinaan lebuhraya dan juga naiktaraf landasan keretapi itu, pembangunan di Sabah dan Sarawak akan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.~Hrkh

Tiada ulasan: