Tok Janggut
Apabila Pengerusi DAP Perak dalam twitter nya mempersoalkan akan kewajaran umat Islam membuat demonstrasi aman mengutuk puak Yahudi kerana filemnya yang menghina Nabi, bergegak tempik puak UMNO mengutuk pula Dato Ngeh malahan ada yang meminta polis menyiasat beliau. Akhirnya beliau memohon maaf diatas ketelanjuran dan sikap tidak pekanya itu. Namun begitu mengapa bila pemimpin UMNO seperti Mahathir, Najib dan lain-lainya menghina syariat Allah dan memperlekehkan sunnah Nabi tidak ada pula pihak yang buat demonstrasi?
Pemimpin DAP itu secara terbuka meminta maaf, samada beliau ikhlas atau tidak tidak ada siapa pun yang boleh mengesahkanya. Bagaiman pula dengan Mahathir, Najib dan lainya? Bila pula mereka ini hendak meminta maaf, yang selalu kedengaran bukan minta maaf tapi bertambah hebat dan angkuhnya mereka memperkecilkan syariat Allah itu.
Ingin juga kita bertanya pada Mahathir. Apakah beliau tidak tahu bahawa syaitan itu musuh ketat umat Islam? Apakah beliau tidak pernah membaca atau mendengar bahawa syaitan itu sifatnya sangat pendendam, menipu, kerjanya merosakan aqidah dan akhlak umat Islam? Jadi mengapa beliau sanggup menyamakan UMNO/BN itu sebagai syaitan yang perlu disokong? Ini jelas beliau telah mengesahkan bahawa jahat dan zalimnya UMNO sama seperti syaitan juga. Jadi mestikah umat Islam perlu terus menyokong dan membantu serta membela puak syaitan? Perlukah orang Melayu bersyukur kepada talibarut syaitan? Orang Melayu Islam yang beriman hanya wajib bersyukur kepada Allah, bukanya kepada UMNO yang mempunyai bayangan syaitan itu! Dia bagi RM500.00 pada rakyat tapi puak mereka sapu berjuta RM duit rakyat.
Golongan penipu beginikah yang orang Melayu perlu sokong dan pertahankan? Hancur negara.
Hanya manusia yang berkhlak dan beraqidah seperti syaitan sahaja yang akan terus menyokong, membela dan mempertahankan UMNO itu.
Orang Melayu kena ingat....kemerdekaan yang kita kecapi sekarang bukanlah dari hasil usaha pemimpin UMNO dahulu. Mereka hanya menyambut kemerdekaan tetapi bukanya pejuang kemedekaan. Yang berjuang untuk menghalau penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan tanah air kita air pejuang Melayu yang hidup di dalam hutan dengan bersenjatakan keris, lembing dan tombak. Dato Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj Abd Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Janggut, Tok Ku Paloh dan ramai lagi. Inilah pejuang kemerdekaan sebenarnya.
UMNO adalah pejuang palsu yang mendapat nama hasil dari darah dan nyawa pejuang kita di dalam hutan sana. Akibat tidak tahan dengan asakan dan amukan pejuang kita, maka penjajah mengambil keputusan untuk berundur dan keluar dari bumi ini maka dicarinyalah puak yang perlu diberikan kuasa memerintah dengan syarat wajib mengikuti dan mematuhi semua perjanjian yang dibuatnya. Itulah UMNO.
Umat Ilsam kena ingat, penjajah datang menjajah ke negara umat Islam diseluruh dunia sekadar untuk menjajah dan merompak hasil mahsul negara tersebut dan dibawa pulang ke negara asal mereka tetapi tujuan utama mereka ialah untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus setelah mereka kalah dalam perang Salib dulu.
Antara kejayaan besar mereka apabila meninggalkan sesebuah negara yang dijajah itu ialah undang-undang mereka kekal diamalkan oleh pemerintah negara tersebut yang menjadi boneka dan anjing peliharaan mereka.
Inilah kebanggaan penjajah kerana aqidah umat Islam berjaya dirosakan dengan hanya pewarisnya mesti mengekalkan undang-undang yang mereka tinggalkan sehinggakan ada umat Islam yang beriktiqad bahawa undang-undang penjajah ini lebih baik, lebih adil dari syariat Allah itu sendiri. Bagi umat Islam yang faham bab tauhid, mereka sanggup mati dan sanggup hidup susah, asalkan tidak sekali-kali menyokong puak yang mempertahankan dan menjunjung undang-undang peninggalan penjajah itu demi kerana aqidah, kerana Allah dan kerana Rasul.
Bagi yang telah rosak aqidahnya, mereka tidak peduli itu semua, yang penting poket mesti penuh, anak bini mesti hidup mewah, rumah besar, pangkat tinggi dan boleh buat apa sahaja tanpa siapa berani menghalangnya kerana mereka berkuasa. Itulah sebabnya pemimpin mereka berani menghina syariat Allah dan sunnah Nabi tanpa rasa berdosa dan tanpa perlu meminta maaf. Nampaknya DAP lebih bermaruah dari pemimpin UMNO ini. Inilah syaitan manusia yang sebenarnya. Jauhilah UMNO. Wallahualam. ~Tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan