Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 16 September 2012

Hukum Orang Bukan Islam Masuk Masjid


Di dalam mazhab asy-Syafi‘e orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram. Larangan ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: 

Tafsirnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka itu menghampiri Masjidil Haram sesudah tahun ini.

(Surah at-Taubah: 28)

Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah berpendapat bahawa ayat di atas adalah umum bagi keseluruhan orang kafir dan khusus bagi Masjidil Haram. Demikian yang dijelaskan oleh al-Qurtubiy di dalam kitabnya al-Jâmi‘ li Ahkâm al-Qur’ân 8/105.

Pengarang kitab at-Tafsîr al-Munîr pula menjelaskan bahawa menurut mazhab asy-Syafi‘e yang dimaksudkan dengan Masjidil Haram di atas itu ialah tanah haram Makkah seluruhnya. Oleh itu orang-orang bukan Islam dilarang memasuki seluruh kawasan haram Makkah termasuklah masjid-masjid dan tempat-tempat selainnya yang ada di dalam tanah haram. (At-Tafsîr al-Munîr 9/168)

Demikian kedudukan hukum bagi orang bukan Islam di mana mereka itu ditegah sama sekali daripada memasuki Masjidil Haram khususnya dan seluruh tanah haram umumnya. Jadi tak kiralah orang mana sekali pun yang masuk hukum adalah tetap hukum dan tidak boleh diubah


Tiada ulasan: