Bila sebut pasal solat memang satu perkara yang cukup dituntut dalam Islam kerana ianya memberikan gambaran perbezaan antara orang Islam dengan bukan Islam. Dengan menunaikan solat juga kita dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta terlibat dalam menghalalkan perilaku yang bertentangan dengan aqidah Islam yang sebenar.
Jika kita rujuk kembali apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita berkenaan dengan kewajipan bersolat. Solat bukan satu benda yang boleh kita jadikan permainan atau pertunjukan. Solat juga bukan satu perkara yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud " Dan Neraka Waill lah bagi mereka yang melakukan solat (yang mana solat itu) dilakukan secara sambil lewa dan bermain-main" .
Demikian juga seseorang yang solat juga pasti akan senantiasa menjadi orang yang sentiasa takut dan taat pada perintah Allah. Justru bersama-samalah kita menjaga solat kita serta melaksakannya secara berjamaah dan khusyuk. Moga -moga kita beroleh rahmat dan keampunan dari Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan