Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 September 2012

Takziah untuk Keluarga Tan Sri Abdul Ghani Minhat

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah di atas kematian lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat pada pagi ini."Bagi DPPM, pemergian Tan Sri Ghani ditangisi kerana negara kehilangan sebutir lagi bintang berharga dan kehilangan beliau sukar dicari ganti," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.Sesungguhnya, kata beliau sumbangan besar dan jasa beliau dalam dunia sukan khususnya bolasepak amat besar sehingga berjaya mengharumkan nama negara.

Di zaman keemasan beliau, ujar Riduan negara banyak menempa kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa.Malah, tambahnya jarang ada insan hebat mampu mencapai tahap kehebatan seperti mana yang pernah beliau kecapi."Nama almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat terpahat dalam sejarah sukan bolasepak negara antara pemain yang begitu cemerlang dan terhebat sepanjang zaman di negara ini setanding dengan pemain antarabangsa lainnya."Bahkan, sumbangan beliau selepas era persaraannya juga besar sehingga berjaya membantu negara dalam mengharungi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Sewajarnya pemain generasi muda negara ini mewarisi kehebatan beliau serta mencontohi langkah kejayaan seperti mana yang beliau lalui," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau berkata di atas jasa-jasanya yang begitu tinggi ini, DPPM merasakan almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat wajar diberi penghormatan tertinggi.Tambahnya, DPPM mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan insan yang soleh dan diredahi di sisi-Nya.DPPM, ujarnya turut mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini. Alfatihah

Tiada ulasan: