Seorang pelampau Syiah yang sesat bernama Yasir Habib 'panas telinga' dengan tindakan Presiden Mesir Dr.Mursi yang mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar dan Umar serta khulafa' ar-rasyidin di Sidang NAM yang berlangsung di Tehran minggu lalu.
Dalam satu ceramah yang disiarkan oleh televisyen Iran hari ini, Habib turut mencerca tiga khulafa' iaitu Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman dengan menyifatkan mereka bertiga sebagai "munafik".
Habib kemudian melemparkan kata-kata kesat ditujukan kepada Mursi dengan katanya, "Jika anda (Mursi) mengucapkan keredhaan buat Abu Bakar, Umar dan Uthman di ibu negara Iran, Tehran maka ketahuilah kami (Syiah) telah mendahului anda. Kami telah melaknat mereka (para sahabat Nabi) di Kaherah sejak tahun 90-an ketika Hasan Syahatah telah melaknat mereka (para sahabat Nabi) dalam pengajian dan kitab karangannya, maka sebab itu dia dipenjarakan."
Hasan Syahatah ialah seorang Syiah dari Mesir yang lantang mencerca para sahabat Rasulullah SAW dan kemudian dipenjarakan.
Yasir Habib seorang pelampau Syiah yang pernah mengadakan sambutan meraikan isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar 'berada dalam neraka dan menjadi penghulu penghuni neraka' kerana dendam kesumatnya kepada Saidina Abu Bakar r.anhu.~Fb Abdul Malik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan