Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Oktober 2012

Angkara AES

Dua hari pertama AES beroperasi secara rasmi sebanyak 3344 kesalahan jalan raya telah dirakam oleh kamera berkenaan. Iaitu pada 23 dan 24 September. Manakala pada 4 Oktober pula Timbalan Menteri Pengakutan memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 63,558 kesalahan jalan raya yang dirakam melalui AES sejak 23 September. Maknanya jumlah kesalahan yang berjaya dirakam oleh AES antara 25 September hingga 3 Oktober sebanyak 60,214. Pada 23 dan 24 September jumlah kesalahan yang dirakam 3344. 


Angka 3344 itu dibahagi dengan dua (2 hari) bersamaan dengan 1672 kesalahan yang dirakam sehari. Pada 25 hingga 3 Oktober (9 hari) jumlah kesalahan yang dirakam 60,214. Angka 60,214 dibahagi dengan sembilan hari bersamaan dengan 6690 kesalahan yang dirakam sehari. Ini bermakna jumlah kesalahan dalam tempoh sembilan hari naik lima kali ganda dari dua hari pertama AES mula digunakan. Dan ini akan bertambah demi haari seiring penambahan kamera AES di lokasi-lokasi tertentu. Parlimen diberitahu kamera AES berharga 35,000 Euro (bersamaan RM120,000) sebuah. Wang kita diguna untuk membeli alat yang mencekau duit kita balik!

Apakah ini bermaksud orang ramai tidak peduli dan tidak hairan dengan didikan yang cuba diajar oleh AES ini? Atau kerajaan boleh mencuba dgn mendidik rakyat dengan memasukkan satu mata pelajaran yang berkaitan undang-undang dan keselamatan jalan raya dan diajar di sekolah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah..?? Menjadi silibus wajib mendidik dari sejak kecil termasuk silibus tentang bahaya Dadah dan rokok.., kata orang 'melentur buluh biar dari rebung'.


/Muhammad Aizat


Tiada ulasan: