Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) akhir bulan lalu memfokus kepada keperluan rakyat dan masalah mereka iaitu gaji minimum dan perbelanjaan harian.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, masalah utama dihadap rakyat ialah pendapatan boleh guna kurang menyebabkan mereka mengalami tekanan hidup kerana kos hidup tinggi.
“Dalam Bajet Alternatif, PR mahu turunkan cukai untuk membolehkan rakyat memiliki kereta dengan harga lebih murah dan rumah mampu milik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian kali ke-14, malam tadi.
Bagaimanapun Pua menyokong Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prinsip kerajaan membantu rakyat seperti menyediakan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak, untuk membantu rakyat di kedua-dua negeri itu mendapat barang yang berkualiti.
“Bajet pada masa akan datang perlu memperbetul isu kos kehidupan tinggi untuk membantu rakyat meningkat produktiviti negara. Ia akan membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan saksama,” katanya.
Pua berkata, bajet yang boleh meringankan beban rakyat adalah dari segi pemberian kesama rataan tanpa mengira kaum dan status.
Menurutnya, kos hidup dapat dikurangkan sekiranya belanjawan diagihkan sama rata tanpa dimonopoli kepada sesebuah syarikat yang terjadi pada Bajet 2013.
Katanya, "saya harap pada masa hadapan, bajet akan lebih memberi kesamarataan kepada semua rakyat tanpa mengira sesiapa."
Sebelum Bajet 2013 yang dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat lebih mesra rakyat dan mendapat sambutan yang baik daripada semua lapisan masyarakat.
Namun bagi PR, bajet BN itu lebih mementing kroni dan bersifat monopoli.
BN mengklasifikasikan bajet alternatif PR, jika dilaksanakan akan memufliskan negara, namun bagi perikatan itu sendiri bajet tersebut, bakal memberi perubahan kepada rakyat dengan tawaran wang poket yang lebih serta hak sama rata dalam segala pengagihan hasil negara.
Sehubungan itu, Pua berkata, kerajaan perlu membendung monopoli melalui bajet yang dibentangkan demi membantu rakyat dengan segera.
"Kita kena cegah isu monopoli ini untuk membantu rakyat, bukan lima tahun lagi, tapi mulai hari ini," katanya./ Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan