Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Belanjawan 2013 tidak fokus kepada pengurangan beban rakyat seperti pemansuhan tol.
“Sepatutnya perkara itu dibincangkan supaya kos beban rakyat dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Belanjawan 2013 dibentangkan, petang semalam.
Khalid turut menambah, tatakelola baik oleh pentadbiran kerajaan langsung tidak disentuh seperti mengurangkan kos pentadbiran.
“Kalau dapat kurangkan kos pentadbiran, dengan ini dapat mengurangkan defisit Belanjawan yang dihadapi sekarang.
“Belanjawan kali ini hanya fokus untuk memberikan pandangan kepada rakyat, bahawa Perbendaharaan negara dalam keadaan baik. Tetapi kita perlu ingatkan rakyat keadaan ekonomi dunia tidak sebaik apa yang berlaku pada 2010.
“Bagaimana kerajaan dapat memberitahu rakyat, dalam usaha pembangunan ini, kita mesti tunjukkan bagaimana kita nak jimatkan perbelanjaan,” katanya.
Sementara itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menambah, Belanjwan 2013 tidak menjelaskan sumber pendapatan negara pada masa akan datang, sedangkan Barisan Nasional sering menuduh idea ekonomi Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis.
“Kita terkejut apabila mendapat banyak kritikan berkenaan Belanjawan Pakatan Rakyat. Tapi Belanwajan 2013 bersifat semata meneruskan pembelian undi rakyat untuk memenuhi aspirasi peribadi Najib.
“Belanjawan hari ini tak menjelaskan sumber pertumbuhan akan datang,” kata Izzah./Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan