Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 10 Oktober 2012

Edisi Kantoi : Syiah Adalah Kafir

Dewan Ulama Senior Saudi Sabtu lalu telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa sesiapa yang menghina isteri-isteri Nabi Muhammad atau para sahabat Nabi maka dia merupakan "orang kafir". Mereka (Dewan Ulama) turut melarang menghina tokoh-tokoh umat Islam yang dimuliakan. Kenyataan, ditandatangani oleh semua anggota dewan, dipimpin oleh kerajaan Mufti besar kerajaan Syaikh Abdul Aziz Al al-Syaikh, memperingatkan bahawa menghina isteri nabi atau sahabat nabi adalah serangan secara langsung terhadap Islam.


 "Menghormati keluarga nabi dan sahabat nabi merupakan sebahagian dari Islam dan mereka yang tidak mematuhi ini maka dia bukanlah seorang muslim," Menurut kenyataan tersebut. Kenyataan itu turut mengutip ayat-ayat dari Al-Quran yang menunjukkan kewajipan dalam menghormati isteri-isteri Nabi Muhammad saw. Kerana terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran yang menceritakan secara tidak langsung tentang isteri nabi ummul mukminin Aisyah, dan dirinya patut untuk dihormati dan "sesiapa pun yang menghina isteri nabi bermakna dia telah melanggar perintah al-Quran dan dengan demikian mereka telah menjadi orang kafir," menurut kenyataan itu.

 Kenyataan itu menambahkan bahawa hal serupa berlaku untuk sahabat nabi kerana dekatnya mereka dengan Nabi Muhammad SAW dan wajib bagi umat Islam untuk menghormati para sahabat Nabi. Pernyataan tersebut mengutip sebuah insiden ketika Nabi ditanya tentang perempuan yang paling dekat dalam hatinya dan baginda menjawab, Aisyah. Ketika ditanya tentang laki-laki yang terdekat, Nabi menjawab "Ayahnya (ayahnya Aisyah, Abu Bakar)." Pernyataan dewan ulama senior Saudi ini datang setelah beberapa insiden di mana ulama Syi'ah semakin memperlihatkan kebiadapan mereka terhadap Aisyah dan sahabat nabi. 

Yang paling terakhir adalah kes ulama Syi'ah Yassir Habib yang mana status rakyat Kuwaitnya telah dicabut. Pernyataan tersebut juga menunjuk Aisyah sebagai "Ummul Mukminin," kerana dirinya memiliki pengetahuan yang mendalam dalam urusan agama, dan dalam sejarah Aisyah ra dianggap sebagai salah seorang yang paling berpengetahuan di mana para sahabat nabi sering meminta nasihatnya.

 "Jumlah hadits nabi yang disampaikan oleh Aisyah ra adalah yang terbesar di antara seluruh isteri nabi," kata pernyataan itu. Pernyataan itu juga menyebutkan kejadian di mana Aisyah ra telah dituduh berzina sehingga turun beberapa ayat Al-Quran ke atas Nabi Muhammad untuk memastikan bahawa Aisyah ra tidak bersalah serta menetapkan aturan untuk membuktikan kes seperti itu, harus memiliki empat orang saksi.(fq/aby) Sumber: http://www.eramuslim.com

Tiada ulasan: