Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Oktober 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Di seremban

Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk mengubah lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November ini ke Padang Majlis Perbandaran Seremban sebagai pembukaan kepada usaha terbaru mereka berkaitan tuntutan sistem pilihan raya adil dan bersih. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, majlis pelancaran yang akan diadakan di Seremban telah dipersetujui oleh PR Negeri Sembilan. Menurutnya, bagi menghormati saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 atau 19 Januari lalu, pihaknya berhasrat untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil dan berharap kerajaan dapat mengizinkan. 

 "Jika kerajaan tidak membenarkannya, PR sepakat akan meneruskan perhimpunan di luar stadium. "Disebabkan pada 3 November, Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan untuk Piala Suzuki, jadi kami pindah ke Seremban sebagai pelancaran," katanya kepada sidang media hari ini. Mohamad berkata, perhimpunan besar-besaran dibuat kali ini bertujuan untuk meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang telah dilupakan dan tidak mendapat maklumbalas kerajaan. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) diharap tidak mempunyai halangan untuk PR mengadakan himpunan kali ini. Tambahnya, pelancaran pada 3 November ini dianggarkan akan dihadiri hampir 50,000 orang. "Daftar pemilih masih terlalu kotor, gambaran daftar pemilih masih tidak bersih apabila masih ada rakyat yang mengadu nama orang meninggal dunia masih lagi ada stastus pengundi. "Kita harap kerajaan BN tak ada halangan dengan himpunan kali ini, (himpunan) terakhir Januari ini," katanya lagi.

Tiada ulasan: