Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 23 Oktober 2012

Ijtimak Alimat Kebangsaan : Alimat Pemacu Mewujudkan Masyarakat Sejahtera


Oleh: Ustazah Masturah

Kuala Lumpur:Alimat menjadi tonggak yang penting dalam merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ianya merupakan satu tanggungjawab yang terpaksa digalas alimat untuk menggantikan kegagalan kerajaan Umno BN.Untuk maklumat ringkas, Alimat merupakan istilah yang digunakan oleh pihak LKUP yang merujuk kepada kumpulan ilmuan Islam daripada kalangan muslimat yang berada di bawah Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat.

Baru-baru ini, satu Ijtimak Alimat Kebangsaan telah berjaya diadakan di KUIZM,Gombak. Ianya telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh ilmuan Islam Muslimat dari seluruh negara termasuk peserta daripada Malaysia Timur. Peserta yang datang diluar jangkaan pihak penganjur.Ijtimak Alimat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis (LKUP) DUPP, al-Fadhil Ustaz Hj Khairul Muntanazar bin Ismail.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau amat mengharapkan agar para Alimat terus bersama-sama melibatkan diri dalam LKUP Dewan Ulamak Pas Pusat dan memberi komitmen yang tinggi dalam kerja-kerja Islam bagi memastikan PAS terus dipimpin oleh golongan Ulamak.Ustaz Hj Muhammad Ismi Hj Mohamad Taib, Penolong Setiausaha DUPP dalam ceramah beliau juga turut menyuntik semangat para Alimat untuk terus maju melakukan perubahan.

"Para Alimat perlu bangkit menyaingi wanita-wanita yang mengabaikan Islam dan wanita-wanita yang tidak memahami Islam dari memegang tampuk kepimpinan negara jika ingin melihat negara kita selamat sejahtera," tegas beliau.Program ini merupakan program tahunan LKUP DUPP dan InsyaAllah akan diteruskan pada masa-masa akan datang.Pihak penganjur mengucapkan ribuan teriama dan Jazahumullah kepada para peserta yang datang dari pelusuk negara

Tiada ulasan: