Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Oktober 2012

Isu Kapal Selam : Peguam Perancis Sedia Beri Penjelasan

Peguam Perancis William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes urus niaga Scorpene menyatakan kesediaannya untuk hadir memberi taklimat berhubung perkara itu kepada anggota Parlimen Malaysia.Bagaimanapun, katanya, ia dengan syarat pihak berkuasa daripada Umno dan kerajaan BN menjamin keselamatannya di negara ini.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Bourdon di Paris. Perkara itu dilaporkan di laman Facebooknya. Anwar baru-baru ini dilaporkan ke Perancis untuk mengundang peguam itu dan DCNS untuk memberi taklimat kepada Parlimen Malaysia.Bourdon tahun lalu hadir ke Malaysia untuk menghadiri jamuan makan malam untuk mengumpul dana tetapi kemudiannya dihantar pulang ke negara asal.

Tiada ulasan: