Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini bertindak menghantar satu surat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan mendesak agar pergerakan pemuda parti itu menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam.Antara isi kandungan surat tersebut adalah beberapa kenyataan yang pernah diucapkan oleh Chua Soi Lek yang didapati menghina dan merendah-rendahkan Islam.
Menurut Khairul Faizi selaku ketua delegasi DPPM ke ibu pejabat Umno di PWTC menyatakan, kenyataan daripada presiden dan beberapa pimpinan parti komponen di dalam Barisan Nasional itu agak keterlaluan dan melampau."Kenyataan beliau itu akan mengundang kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia. Kita berasa sedih apabila Presiden Umno sendiri turut mendengar penghinaan tersebut tetapi beliau hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa," ujar beliau yang juga Setiausaha DPPM.
Beliau juga turut mengingatkan agar Pergerakan Pemuda Umno perlu memberikan pendirian yang jelas berhubung perkara itu."Mereka adalah parti yang dominan di dalam Barisan Nasional jadi, mereka perlu memainkan peranan yang besar untuk menentukan hala tuju mereka.
Sekiranya mereka hanya mahu berdiam diri dan merasakan isu ini adalah politik daripada pihak pembangkang maka mereka perlu betanggungjawab di hadapan Allah dan terhadap umat Islam seluruhnya."Jika mereka gagal menyatakan sikap mereka dengan jelas maka mereka seolah-oah sanggup bersekongkol dengan MCA untuk menghina Islam," tambah beliau lagi.
Turut serta Penolong Setiausaha 1 dan 3 DPPM, Yusapiza Yaacob dan Khairul Fahmi.Surat tersebut telah diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Mohd Sumali dan akan disampaikan kepada Khairy Jamaluddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan