Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak perlu mengumumkan senarai kabinet bayangannya. "(Soal) kabinet bayangan ini, Najib ada umum siapa menteri besarSelangor atau menteri kewangan (yang akan menggantikannya) selepas enang pilihan raya umum akan datang?" tanya Anwar kepada pemberita sewaktu sidang media.
Menurut Anwar lagi, kabinet bayangan pembangkang itu juga hanya diamalkan di negara-negara seperti UK dan Australia dan ia tidak pula diamalkan di negara-negara lain seperti US, Perancis, Indonesia dan Thailand.Polemik kabinet bayangan kembali dibincangkan selepas perdana menteri dalam ucapan perasmian persidangan tahunan parti GERAKAN semalam, mencabar Anwar mewujudkannya sebelum bercita-cita mengambil alih kerajaan.Menurut Anwar, barisan kepimpinan kanan Pakatan adalah satu petunjuk tentang siapa yang akan dilantik menjadi menteri sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia."Saudara hendak tahu siapa bakal menteri dan timbalan menteri, saudara tengok senarai kepimpinan kanan ketiga-tiga parti."Itulah senarainya," kata Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan