Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 9 Oktober 2012

Panas : Kerana Hina Sahabat Nabi SAW, Syiah Di Sebat

RIYADH (voa-islam.com): Telah dilaporkan dari Arab Saudi pada hari Selasa lalu, bahawa Sheikh Fayez As-Suhaimi Hakim Pengadilan Syariah di Madinah menjatuhkan hukuman empat bulan penjara dan sebatan 150 kali keatas salah seorang penganut Syiah berwarganegara Iran.Laporan tersebut menjelaskan bahawa pengikut Syiah dari Iran tersebut telah melakukan kejahatan mengangkat kasutnya keatas makam Abu Bakar radhiallahu anhu, dan mengucapkan kata-kata sumpah seranah dan celaan terhadap As-Shiddiq radhiallahu anhu. 

Pemerhati Saudi yang menetap di UK, A'id bin Saad Al-Dosari telah mengatakan sebelum ini, bahawa adanya seruan Syiah untuk melumuri Ka'bah dengan darah para jamaah haji bagi menghadirkan "Mahdi Yang Ditunggu" menjelaskan bahawa propaganda Syiah ini sebagai sebahagian dari persiapan untuk "revolusi dari Mahdi dan pembebasan Mekah dan Madinah dari orang-orang musyrik?", menurut pengakuan mereka. Ahli strategisk Mesir, Mayor Jenderal Purnawirawan Hossam Sweilem menegaskan bahawa Iran ingin menguasai tempat-tempat suci di Arab Saudi.

Tiada ulasan: