Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 9 Oktober 2012

Syiah Malaysia Makin Biadab

Syiah Malaysia semakin biadap dan semakin berani menemplak dan mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Terengganu yang sebelum ini menyediakan teks khutbah membongkar penyelewengan dan kesesatan Syiah di seluruh Masjid Terengganu. 


 Sekiranya anda dapat perhatikan pada poin yang ketiga, Mereka menggunakan kenyataan Dato' Jamil Khir yang mana beliau mengatakan Syiah boleh diamalkan di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan. Inilah bahana apabila kenyataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang menteri lalu memberi kelebihan yang besar buat Syiah Malaysia untuk menjadikannya sebagai bukti kuat untuk menghalalkan Syiah di Malaysia. Nama yang tertera di bawah iaitu: M Kamizuhairi Ab Aziz, beliau merupakan ketua Syiah Malaysia yang sering menyebarkan doktrin ganas Syiah seperti mengkafirkan para sahabat Nabi dan menghalalkan darah orang Sunni dan berbaik dengan orang sunni dalam keadaan Taqiyyah. Sebelum-sebelum ini juga kita telah melihat bagaimana Syiah di Kedah berani menyaman MB Kedah, Mufti Kedah, pihak RTM, pihak JAIS dan sebagainya, lalu apa tindakan kita? Mereka semakin berani, apa sudah jadi?

Tiada ulasan: