Sekian lama kita tidak mendengar kisah selebriti menyertai parti politik. Terbaru ini kisah sifu industri muzik Malaysia,Datuk M. Nasir yang kini dikatakan semakin aktif dalam aktiviti berpolitik bersama-sama barisan parti pembangkang.
Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi akaun Youtube Azmin Ali telah memuatnaik sebuah video bagi lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir.
Walaupun tidak dinyatakan pada penerangan video, ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir serta lagu tersebut dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan kepada pencipta bagi lagu Awan Nano.
Kita sendiri tidak mengetahui tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung bersama Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini hanya sekadar projek seni beliau yang lainnya./addin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan