Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 November 2012

Dewan Himpunan Sedia Gerak Jentera Bantu PAS

Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini menyatakan mereka akan terus menyokong penuh perjuangan PAS. Memegang terus tagline 'PAS For All', DHPP memuji usaha yang dilaksanakan Lajnah Perpaduan Nasional PAS dalam memartabatkan penubuhan dewan itu. Katanya, sebelum penubuhan kelab penyokong PAS pada 2008 lagi, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada PAS untuk menakut-nakutkan golongan bukan Islam mendekati parti itu, kata Tuan M. Kula Segaran. 

 Beliau yang mewakili sayap baru dalam PAS itu memberitahu, mereka (ahli DHPP) selalu dimomokkan dengan paksaan pertukaran agama, ketiadaan tempat ibadat sekiranya terus menyokong PAS. DHPP yang dinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS pada 23 Mei 2010 telah menetapkan objektif utamanya adalah merapatkan hubungan di antara kaum untuk memurnikan maklumat kepada golongan bukan Islam. Sedia membantu PAS dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, DHPP meminta PAS menyenaraikan dewan itu sebagai jentera yang turut sama membantu kemenangan PAS. "DHPP bersedia menjadi tentera perjuangan Islam, kerana kami faham Islam untuk semua, "Panggillah kami (DHPP) turun sama bantu... kami faham kerana kami sudah ditarbiahkan," tegas beliau lagi.

Tiada ulasan: