Para nelayan Gaza hanya dibenarkan oleh 'Navy' Israel untuk menangkap ikan sejauh 3 batu nautika daripada persisiran pantai Gaza sebelum serangan Gaza dan hasilnya mereka hanya berjaya menangkap ikan yang kecil seumpama ikan sardin sebesar 2 jari.
Namun selepas perang, mereka terus kelihatan kegembiraan selepas dibenarkan menangkap ikan sejauh 6 batu nautika dari pantai dan hasilnya lebih lumayan seumpama tangkapan di laut jauh.
Ingatlah akan firman Allah swt :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah Al-A'raaf ayat 96)
Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan