Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 8 November 2012

Kerajaan Selangor Selesai Masalah Hak Milik Tanah

Sekumpulan 129 pemilik rumah di Lestari Perdana semalam bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berjaya menyelesaikan masalah hak milih tanah mereka yang berlanjutan lebih 10 tahun. Kebanyakan pemilik rumah ditemui menjelaskan mereka menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak tertentu seperti institusi kewangan kerana tidak memiliki geran tanah. 

 Mereka menghadapi masalah selepas pemaju perumahan itu gagal membayar premium tanah kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Pekerja Swasta, Abdul Ghani Saari, 45, dari Zon 9 berkata ketiadaan geran tanah telah mencacatkan pembangunan di perumahan tersebut. “Memang banyak masalah dari segi kebersihan, kemudahan infrastruktur serta landskap. “Sebelum ini kami sudah membayar (premium) kepada pemaju dan dia kata akan serahkan surat hakmilik ini kepada kami tetapi selepas itu senyap sebegitu sahaja,” kata Abdul Ghani yang telah menetap di situ selama 10 tahun. “Apa dilakukan Kerajaan Negeri ni bagus dan terima kasih,” katanya kepada TVSelangor selepas menerima surat hakmilik daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Tiada ulasan: