Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 9 November 2012

Membisu anak Mahathir miliki kilang arak, Dr Mashitah patut letak jawatan – Jingga 13

Jingga13 menyatakan sokongan dan mempertahankan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar yang sengaja telah diputarbelit oleh media dan pimpinan UMNO dengan isu yang ternyata tidak masuk akal dan bersifat propaganda murahan dengan mengaitkan kenyataan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika menghadiri forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?’ di Subang Jaya, Sabtu lalu. Kenyataan YB Nurul Izzah Anwar cukup jelas adalah berteraskan kepada ayat suci Al-Quran di surah Al-Baqarah , ayat 256 bahawa “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” yang ternyata telah diputarbelitkan dan dipolitikkan melalui cara yang sangat kotor oleh media Umno BN dan pimpinan Umno khususnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. 

Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam ternyata jelas bertopengkan kedudukan mereka demi survival UMNO menyerang YB Nurul Izzah Anwar , sedangkan hakikatnya tidak mampu mempertahankan Islam dan hudud apabila Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA menghina Islam dan Hudud secara terang-terangan. Timbalan Menteri JPM , Datuk Dr. Mashitah dan pimpinan UMNO terus diam membisu tidak sedikit pun membantah terhadap serangan Datuk Seri Chua Soi Lek menghina Islam dan Hudud yang terkandung dalam al-quran. Tetapi. terlalu ‘banyak mulut’ apabila menggunakan platform beliau menyerang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan berniat jahat memutarbelitkan kenyataan YB Nurul Izzah berdasarkan laporan dan terjemahan media propaganda UMNO yang merupakan ‘media syaitan’ dalam negara. Tindakan memanipulasikan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar seolah-olah beliau ” meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad” sengaja dilakukan untuk menyerang beliau tetapi dalam masa sama cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim . 

Sedangkan kenyataan beliau khusus berkaitan kebebasan agama sepertimana soalan yang ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu tanpa sedikit pun menyentuh isu murtad dan kaitan tentang murtad tetapi digambarkan seolah-olah YB Nurul Izzah Anwar bersikap sedemikian adalah satu tindakan fitnah yang nyata. Adalah mustahil hanya itu sahaja yang boleh dan mampu diputarbelit dan dimanipulasikan ? Atau memang sudah dirancang dengan licik bagi tujuan dan niat jahat menggunakan strategi murahan terhadap YB Nurul Izzah Anwar. Media propaganda UMNO seperti Utusan Malaysia , Berita Harian dan TV3 semakin tidak beretika serta tidak mempunyai integriti dan kredibiliti, malah gagal sebagai media yang bermaruah . Media UMNO inilah sebenarnya telah bertindak sebagai pemesong akidah dan pemutarbelit serta melakukan agenda fitnah demi survival UMNO yang semakin hilang sokongan orang-orang melayu , khususnya rakyat Malaysia . 

Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim wajar MELETAKKAN JAWATAN kerana beliau gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah dicemari oleh UMNO dan sekutu BN . Malah seorang ‘Melayu’ dan dikatakan sebagai seorang Islam , anak kepada bekas presiden UMNO memiliki kilang arak San Miguel pun beliau gagal mengambil tindakan dan terus diam membisu. Seolah-olah ada perbezaan undang-undang dan hukum . Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan pimpinan UMNO tidak ubah seperti perumpamaan “ayam berkokok berderai-derai , tetapi ekor penuh bergelumang tahi! “. MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI 

FARIZ MUSA 
KETUA KOORDINATOR JINGGA 13

Tiada ulasan: