Pemuda PAS diseru beri perhatian terhadap golongan muda peringkat cawangan, ditambah penyediaan barisan kepimpinan dan pelapis dengan menubuhkan satu institusi khusus bagi mendekati golongan muda.
"Bukan hanya di peringkat institusi pengajian tinggi yang mana anak-anak muda di peringkat pengajian tinggi ini nanti tidak dapat menguasai gerak kerja di cawangan dan kawasan," jelas Mohd Zulkarnain Md Zaki.
Beliau wakil Dewan Pemuda Negeri Sembilan dalam ucapan sokongan ucaptama Ketua Pemuda PAS pagi tadi menegaskan cadangan ini diambil seiring tema muktamar dewan itu tahun lalu iaitu 'Memimpin Kebangkitan Anak Muda'.
Perkasa Akademi Kepimpinan Pemuda
Seiringan itu cadangan itu, beliau menyatakan Pemuda PAS perlu melihat kembali penubuhan Akademi Kepimpinan Pemuda yang kurang berfungsi.
Beliau mencadangkan agar golongan muda mengusulkan agar akademi ini diperkasakan fungsinya semula.
"Apakah status akademi ini, apakah masih diteruskan?" soal Zulkarnain.
Pemuda Juarai Kembali Isu-Isu Rakyat
Cadang beliau, Pemuda PAS seharusnya menjuarai isu-isu rakyat yang selama ini dilihat jarang ditumpukan.
Pemuda juga masih belum menyediakan polisi berkaitan hiburan, isu sukan dan sebagainya ketika bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan dalam menganjurkan program atau himpunan.
"Contoh yang terjadi ketika acara PROTES, tidak pernah ada dalam program anjuran PAS yang diadakan konsert yang bercampur. Namun ia terjadi dalam program itu," jelasnya.
Tambahnya, Pemuda PAS perlu mengambil serius perkara ini dengan memperkasakan polisi tersebut dalam masa yang sama memberi panduan dalam hiburan, sukan, dan sebagainya.
"Jangan sehingga selepas dapat memerintah baru hendak ditegakkan polisi, sedangkan ketika itu mungkin sudah terlewat," ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan