Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 20 November 2012

Pengarah Kesihatan Meroyan Ditangkap Khalwat

Perkara normal bagi ahli umno sedang normal berlaku, ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM 3,000 oleh mahkamah tinggi syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. jika Hasan, 56, gagal membayar denda itu, penjara selama tiga bulan. didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik di Hotel Pullman Putrajaya kira-kira jam 2.18 pagi hari ini. Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM 2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. mereka berdua membayar denda itu. 


Hakim syarie mohd amran mat zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini. hasan didakwa mengikut Seksyen 27 a Akta kesalahan jenayah syariah wilayah wilayah persekutuan 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 b akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM 3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan. mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie, che saupi che husin dari jabatan agama islam wilayah persekutuan atau JAWI, sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam. pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat. 

selepas dibenarkan masuk oleh hasan, pemeriksaan mereka mendapati wan syarifah nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil. hasil siasatan lanjut mendapati hasan merupakan seorang duda dan wan syarifah nooraazmanita masih lagi isteri yang SAH kepada pasangannya. wan syarifah nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya. ketika merayu hukuman ringan, hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan INSAF! Fakta tertuduh: Nama: Hasan Abdul Rahman Jawatan: Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Nama : Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan Jawatan: Jururawat Gred U41, Unit Pengurusan Peperiksaan Jabatan atau PPJ adakah anda tahu siapakah yang membuat report sehingga tertangkapnya pengarah ini di dalam bilik? sudah pasti 80% adalah suami pada wanita tersebut, dan sudah pasti ahli umno memang sukakan maksiat.. suami sudah ada pun masih lagi mencari yang luar, pasti ada sebab di sebalik perkara yang berlaku, tidak bahagia, tiada toleransi, tidak suka di kongkong adalah punca kepada kebanyakkan kes makan luar atau dengan kata lain, seks dengan orang lain.

Tiada ulasan: