Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 22 November 2012

Penubuhan Angkatan Revolusi Syria : Basyar Makin Gusar

Majlis gabungan mujahidin Syria termasuk Liwa' At-Tauhid di Halab dalam satu kenyataannya menyatakan sokongan mereka terhadap penubuhan Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria yang dipimpin oleh syaikh Muaz Al-Khatib beberapa hari yang lalu.


 Kenyataan tersebut sekaligus menolak dakwaan bahawa para mujahidin tidak bersetuju dengan penubuhan tersebut. Dakwaan tersebut adalah untuk memecah belahkan rakyat Syria dengan mengatakan bahawa pakatan tersebut adalah tajaan Barat. Apa yang pasti, perkembangan ini pasti merungsingkan rejim Basyar dan pakatan Syiahnya

Tiada ulasan: