Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 25 November 2012

PROGRAM CINTAI PANTAI

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganjurkan "Program Cintai Pantai' bertempat di Pantai Tanjung Bidara dan Kuala Linggi. program yang julung kali dianjurkan ini merupakan salah satu daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh lajnah berkenaan dengan tujuan memastikan kebersihan dan keindahan pantai khususnya dalam negeri Melaka dan amnya di Malaysia dijaga dengan sebaiknya. 

Program yang diadakan sehari ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Firdaus Jaafar Ahli Parlimen Jerai yang merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat telah disempurnakan perasmiannya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari. Gerak kerja yang dilakukan ialah membersihkan sampah sarap yang terdapat disekitar pantai Tanjung Bidara, Sungai Tuang hingga ke Kuala Linggi. 

Diharapkan segala usaha murni yang dilaksanakan mendapat ganjaran pahala setimpal dengan apa yang dilaksanakan nanti insya Allah .. Tahniah buat yang telah memberikan kerjasama menjayakan program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka.




Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari menyampaikan ucapan perasmian


Perasmian Disempurnakan Oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari 


Yb Firdaus Jaafar turut sama memeriahkan program 

Antara hadirin yang turut sama menjayakan program 




Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Pantai 

Beristirehat setelah penat melaksakana aktiviti 

Santapan  Makan Durian 

sumber gambar : Fb Mohd Sobri

Tiada ulasan: