Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 20 November 2012

Tragedi Mamali : Rakyat Tak Mudah Lupa

Tragedi Memali yang genap 27 tahun semalam perlu dijadikan pengajaran, betapa rakyat Malaysia perlu melihat perbezaan kecenderungan politik sebagai perkara yang tidak menimbulkan permusuhan, hatta pertumpahan darah.

Namun, kezaliman kerajaan Umno-BN terhadap mangsa Memali takkan boleh dilenyapkan dari rakaman sejarah, meskipun media dikuasai Umno-BN cuba menghalang maklumat dan kebenaran.

“Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru. Walaupun guna media untuk menutup maklumat, rakyat kini lebih terdidik dan terdedah berbanding dulu,” kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin kepada Keadilandaily.

Pada 19 November 1985, 3,000 anggota keselamatan mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah untuk menahan tokoh agama tempatan, Ustaz Ibrahim Libya dibawah ISA atas dakwaan mengancam keselamatan negara dan memecahbelahkan umat Islam.

Selepas seminggu mengepung Memali dalam ‘Operasi Angkara’, pihak berkuasa menyerbu untuk menangkap Ibrahim. 

Akibatnya, 14 penduduk kampung yang cuba mempertahankan pemimpin mereka terbunuh. Berpuluh-puluh tercedera, manakala ratusan ditahan. 36 daripada mereka ditahan di ISA.

“Tragedi ini adalah gambaran bahawa ada manusia yang tidak mahu kembali kepada fitrah. Jangan sampai seolah-olah peristiwa Memali dihalalkan,” kata Taib, bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga teman rapat Ustaz Ibrahim Libya.

“Kena terima hakikat dan realiti, bukan semata-mata dari sudut perpaduan Melayu dan bukan Melayu, orang Islam dan bukan Islam, supaya tidak menyemarakkan prasangka,” katanya dengan nada sebak.

Peristiwa berlaku ketika Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr Mahathir Mohamad berada di China.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, tidak cukup hanya kerajaan membentangkan kertas putih. Penjelasan berhubung tragedi berkenaan masih menjadi misteri sehingga hari ini.

“Kerajaan sepatutnya membuat permohonan maaf terbuka kepada keluarga dan beri pampasan. Adakan siasatan secara adil dan telus oleh pihak yang berkecuali.

“Dokumen perlu didedahkan dan hasil siasatan. Tanpa kebenaran kita tidak dapat mencapai keadilan,” tegas Tian.

Tiada ulasan: