Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk seorangnya dari Indonesa aktres Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira, menjayakan Bicara Selebriti Ke-7 malam tadi.Dua orang lagi, Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.
Buat julungkalinya sejarah program selebriti, ianya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, berbanding sebelum ini diadakan di Balai Islam, KTC dan KB Mall.
Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob di JKR 10, petang semalam.
Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam.
Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.
Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini.
Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,”ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan