"Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden Pas untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu Amanat Hadi," kata beliau dalam satu kenyataan media.
Semalam, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. Hadi berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya. Pada masa sama, Abdul Hadi berkata beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Amanat itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota Pas mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu.
Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut, sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akan menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi itu sekiranya dapat menjelaskan tersebut menerusi siaran televisyen.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkat, Pas melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai.
Oleh itu, tambah beliau, peluang satu jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.
"Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.
"Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama," kata beliau sambil bertanta, "kenapa Presiden Pas tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?"/Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan