Deepak Jaikishan menarik kembali samannya terhadap Putrajaya diatas pelanggaran perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor dan pada hari sama, syarikat pelabur kerajaan membeli 80 peratus kepentingan dalam syarikat pembangunan hartanah milik peniaga permaidani itu dengan RM30 juta. Peniaga kontroversi yang membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hilang semenjak 13 Disember.
Akhbar The Star melaporkan hari ini bahawa seorang pegawai mahkamah mengesahkan ahli perniagaan kontroversi tersebut, melalui peguamnya, menarik kembali samannya tanpa kos dalam kes syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd, yang menamakan syarikat kerajaan Tanah dan Harta Sdn Bhd, Awan Megah (M) Sdn Bhd dan syarikat penama Cebur Megah Development Sdn Bhd kerana didakwa melanggar perjanjian.

Bakti Wira Development dan Astacanggih juga menandatangani perjanjian dengan Awan Megah semalam untuk memperoleh 80.94ha tanah pegangan bebas di Klang,Selangor, dengan harga RM130 juta.
Boustead berkata pembelian saham dan pengambilalihan tanah akan dibiayai melalui pinjaman bank dan dana yang dijana secara dalaman, menurut agensi berita nasional Bernama.Mengenai rasional, Boustead berkata pengambilalihan itu akan mengemukakan peluang bagi kumpulan itu untuk mengembangkan bank tanahnya.
“Selain itu, tanah bersebelahan kepada 283.28ha tanah pembangunan
dibawah Jendela Hikmat Sdn Bhd, sebuah syarikat dimana kumpulan tersebut dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera memegang 60 peratus kepentingan ekuiti bersama-sama,” katanya.
Boustead berkata mereka optimistik dengan prospek tanah kerana kedudukan strategik lokasi.“Permintaan bagi tanah perindustrian di lokasi ini meningkat dengan siapnya stor penyimpanan terbaru UMW dan loji ujian di Bukit Raja, Klang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan