Ajaib, Doa Keramat PAS Menembusi Perhimpunan UMNO!
Siapa sangka doa Pas yang memohon agar Allah hancurkan UMNO dan BN tiba-tiba berkumandang di kubu musuh.
Perwakilan UMNO Perlis, Encik Fathul Bari telah menayangkan video doa PAS itu di Perhimpunan Agong Umno, Dewan Merdeka PWTC sehingga membuatkan semua perwakilan UMNO yang menontonnya rasa resah, gelisah, gelabah dan kecut perut.
Begitulah keramatnya doa dari seorang yang alim sehinggakan doa yang telah dibaca pada dua minggu lepas, masih berjaya menembusi mesyuarat esklusif UMNO serta menusuk ke telinga dan hati mereka satu persatu secara tidak disangka-sangka.
Sukar dipercayai bahawa doa kehancuran untuk musuh boleh di baca dihadapan musuh itu sendiri melainkan apa yang terjadi ini merupakan satu petanda buruk buat UMNO dan BN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan