Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 3 Disember 2012

Israel Culik 29 Nelayan Palestin

Agensi Hak Asasi Manusia Palestin melaporkan tentera laut Israel telah menculik 29 nelayan dan 14 orang daripada mereka pada pagi Sabtu yang lalu selain memusnahkan dan merampas sembilan bot nelayan sejak mereka menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Kerajaan Hamas di Gaza. Menurut seorang nelayan yang ditemui Ramez Baker, 41, memberitahu Agensi Hak Asasi Manusia Palestin bahawa kejadian berlaku pada pagi ahad, 2 Disember, 2012, dia dan abangnya Rami memancing di bot mereka bersama-sama dengan tiga sepupu muda mereka yang lain dalam jarak tiga batu nautika di luar pantai Gaza semasa angkatan tentera laut Israel merampas bot mereka.

 "Pada waktu pagi, sebuah kapal perang Israel mengelilingi kami, dan telah membuat pembakaran di sekeliling kami sebelum memaksa kami untuk mengambil pakaian kami dan melompat ke dalam air sehingga mencapai kapal meriam," kata Baker."

Selepas beberapa ketika, mereka telah menahan saya, abang saya dan sepupu tiga saya yang lain dan membawa kami ke pelabuhan Ashdod serta menyoal siasat kami, dan kami telah dibebaskan pada sebelah petang manakala bot kami masih ditahan,"

 Dalam satu insiden yang lain, kapal perang Israel telah merampas dua bot nelayan milik nelayan Sabri Bakar, 52, dan Eid Bakar, 23, kerana mereka memancing kira-kira dua setengah batu nautika dari pantai Gaza. Tentera laut Israel telah melepaskan tembakan ke arah bot nelayan dan merosakkan enjin bot Eid Baker sebelum menahan kesemua sembilan anak kapal daripada dua bot yang lain . Selain itu mereka juga merampas dua buah bot dan menahan nelayan terbabit, yang kemudian mereka membebaskan hanya lapan daripada mereka dan seorang nelayan Ammar Baker, 33, kini berada dalam tahanan, menurut pusat hak asasi manusia Palestin. 

 Agensi Hak Asasi Manusia Palestin mengutuk perbuatan tentera laut Israel yang telah menyerang nelayan Gaza walaupun mereka telah berjanji untuk membenarkan nelayan palestin untuk memancing dalam jarak enam batu nautika mengikut perjanjian gencatan senjata dengan Hamas di Gaza. Ia merayu kepada masyarakat antarabangsa dan pihak yang berkaitan dengan konvensyen Geneva keempat tahun 1949 untuk campur tangan segera bagi menamatkan pencabulan Israel terhadap nelayan Gaza serta melindungi hak mereka bebas untuk memancing di perairan Gaza.

Tiada ulasan: