Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 Disember 2012

Isu Dana Palestin : Ali Terus Membisu..

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sekali lagi mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera. "PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin.

 "Kita mendesak kerajaan negeri supaya menyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat," ujar Adly dipetik dari akaun Facebooknya hari ini. Sebelum ini beliau telah membuat desakan dalam blognya namun tiada jawapan konkrit dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan jabatan dan agensi kerajaan dan orang awam. "Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011. 

 "Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita. Menurutnya, Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu. "Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama”? soal Adly. Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

Tiada ulasan: