Mahkamah
Rayuan memerintahkan
perbicaraan kes saman fitnah
RM100 juta ketua pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
terhadap Ketua Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin Abu Bakar,
yang ditetapkan untuk
pendengaran Rabu ini di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
digantung.
Panel tiga hakim diketuai Datuk
Clement Allan Skinner membuat
keputusan itu selepas
membenarkan permohonan
Khairy untuk menggantung
prosiding tersebut sementara
menunggu rayuan berhubung
keengganan Mahkamah Tinggi
mengetepikan perintah bertarikh
26 November yang menghalang
beliau memfailkan pembelaan
dalam saman berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan