
Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu sistem yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas sistem tersebut.
Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya.
Jika sistem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat dalam hidup, malaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu sistem yang didukung oleh Umno dan para pemimpin nya gagal mengubah sistem tersebut.
Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah Umno — pemimpin Umno sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1,500 kebawah. Itu 47 peratus dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70 peratus adalah Melayu.
Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh Umno?-zaaba /abuwalad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan