Pentadbiran Najib menamatkan kuota, had umur dan lain-lain larangan ke atas penganut Kristian di Malaysia yang mahu menziarahi Jerusalem, kata pemimpin gereja dan agensi pelancongan.
Langkah Barisan Nasional (BN) sebelum sambutan Krismas dan pilihan raya umum dilihat bertujuan memenangi hati kumpulan minoriti tersebut yang meliputi 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia, akan tetapi dianggap penting sebagai undi penentu terutamanya dikawasan bandar dan penting dalam perebutan mendapatkan sokongan pengundi pertengahan.
“Ya! Kebenaran diberikan kepada kami seperti yang dituntut,” kata Rev Hermen Shashtri kepada The Malaysian Insider dalam satu teks pesanan ringkas semalam.
Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Shastri sebelum ini mengkritik Putrajaya kerana sering “menukar pendirian” semasa mesyuarat antara kerajaan dan pemimpin gereja, seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun ini.
Masyarakat Kristian di Malaysia tidak gembira dengan keputusan Putrajaya yang hanya membenarkan gereja menghantar 20 orang jemaah ke Jerusalem setahun, menghadkan tempoh menetap selama seminggu disamping sekatan lain kerana menganggap ia membelakangi hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, masyarakat Krisitian dan Muslim di Malaysia terlibat dalam perbalahan penggunaan perkataan “Allah” dengan masyarakat Islam, mengatakan perkataan tersebut eksklusif untuk mereka kerana Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan orang Muslim.
Walaupun Malaysia mengharamkan perjalanan ke Israel, kerajaan tidak mengendahkan jemaah Kristian melawat kota bersejarah yang dianggap sebagai tempat suci kepada tiga agama iaitu Kristian, Islam dan agama Yahudi.
Seorang pegawai di Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mewakili hampir 90 peratus daripada 2.8 juta penganut Kristian dalam negara mengakui menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan telah melonggarkan syarat bagi membenarkan penganut Kristian Malaysia memasuki Israel.
“Dengan mengambilkira keperluan penganut-penganut Kristian Malaysia tersebut, Kementerian Dalam Negeri telah meminda peraturan lawatan keagamaan ke Israel seperti butiran berikut,” tulis Wong Nai Chee, setiausaha politik kepada perdana menteri dalam surat bertarikh 28 November yang ditunjuk kepada The Malaysian Insider.
Dalam senarai tersebut, kerajaan menghapuskan kuota bilangan jemaah Kristian setahun; bilangan jemaah setiap kumpulan gereja; kawasan lawatan di Israel tidak dihadkan; kekerapan melawat tidak dihadkan; tempoh maksimum lawatan di Israel adalah 21 hari berbanding tujuh hari sebelum ini; dan membatalkan keperluan umur minimum 18 tahun.
Garis panduan baru ini berkuatkuasa dari 30 Oktober, kata Wong dalam surat tersebut.
Menurut wakil CFM yang enggan dinamakan, ini adalah kali pertama kerajaan memberikan garis panduan perjalanan kepada jemaah Krstian di Malaysia, ia turut disokong oleh ejen pelancongan tempatan yang menguruskan perjalanan ke Jerusalem untuk gereja sejak 15 tahun lalu.
“Sebelum ini, hitam putih yang hanya kami terima adalah apabila mereka menolak permohonan kami,” kata Inbam Solomon daripada World Discovery Travel.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider sebelum 2010, masyarakat Kristian di negara ini yang majoritinya penduduknya Islam bebas menziarahi bandar suci itu walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Kemudian pada Januari 2010, kerajaan mengharamkan lawatan ke rantau tersebut atas alasan risiko keselamatan ekoran konflik Palestin-Israel yang berpanjangan.
Apabila Putrajaya menamatkan larangan pada April 2011, kerajaan mengetatkan syarat perjalanan ke atas jemaah Kristian di Malaysia, tambah Solomon.
Agensi beliau sebelum sekatan mengatur lawatan hampir 2,000 jemaah Kristian di Malaysia sebelum pengharaman 2010, tetapi akibat sekatan jumlah tersebut berkurangan hampir 90 peratus.
Pihak gereja juga dikehendaki berurusan terus dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pelepasan ke Jerusalem, peranan yang sebelum ini dijalankan oleh agensi pelancongan, kata beliau.
Penganut Kristian juga tertakluk kepada syarat tambahan daripada KDN, termasuk polis dan dikehendaki untuk mengemukakan sijil pembaptisan mereka atau surat pengesahan dari gereja masing-masing untuk membuktikan mereka adalah pengikut tulen, jelas Solomon lagi.
Berita garis panduan baru oleh kerajaan sudah tersebar dikalangan penganut Kristian, yang memberitahu The Malaysian Insider mereka terharu dengan keputusan tersebut.
“Kami bersyukur kerana dapat sekali lagi pergi beribadat di Tanah Suci,” kata paderi Katolik, Father Lawrence Andrew ketika dihubungi.
Andrew yang juga pengarang akhbar Katolik ulung negara, menulis satu laporan berita ringkas mengenai garis panduan baru tersebut dalam edisi Herald Ahad lalu/Idaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan