Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Disember 2012

PANAS! Ahli Perkasa Ada Bai'ah Beb!

Nampaknya bukan setakat PAS yang ada tapi rupanya pertubuhan yang diketuai seekor katak dari Pasir Mas pun dah pandai beb! Siapa yang tak kenal dengan Tok Him aka Berahim Ali? Hari ni, dekat Taman Tasik Titiwangsa, dia kununnya menyeru ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), yang majoritinya merupakan ahli Umno hari ini berbai’ah untuk mengundi Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan majoriti dua pertiga gabungan tersebut di Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, kunun bagi memastikan agama Islam dan ketuanan Melayu tidak tergugat. Tambah Ibrahim, ketika ucapan dasar presiden sempena Persidangan Agung Tahunan ketiga Perkasa di sini menegaskan, dengan kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen Umno dan BN, isu-isu mempertikaikan raja-raja Melayu dan agama Islam tidak akan berlaku. 

“Kuasa undi kita pastikan BN dapat majoriti dua pertiga majoriti, termasuk calon parti komponen mereka. “Bila MCA dan MIC menang... mereka juga akan membantu Umno untuk mengemudi kerajaan,” kata Ibrahim di hadapan lebih 2,000 perwakilan dan pemerhati ketika majlis perasmian persidangan agung mereka yang dirasmikan mufti Perak, Harussani Zakaria. Dijangka, Ibrahim akan melepaskan beribu-ribu berudu untuk dijadikan katak sepertinya bagi membolehkan lebih ramai manusia sepertinya hidup dalam kepura-puraan. Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah menyifatkan termaktublah jalinan kerjasama antara Perkasa dengan Umno walaupun Ibrahim tidak menyertai parti perkauman itu. Perkasa kini dianggap 'tukang kutip wang saman' untuk Utusan Malaysia setelah pemimpin Pakatan Rakyat berjaya dalam kes saman fitnah mereka terhadap akhbar itu.

Tiada ulasan: