Sekumpulan penduduk Kampung Mohd Noor Batu 5, Parit Sulong, Johor menyatakan kekesalan terhadap Umno negeri itu yang didakwa bukan sahaja gagal menolong malah turut mengainaya mereka.
Ia berikutan tindakan parti yang disokong mereka sejak sekian lama itu tidak mahu membela mereka dalam isu Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Payung yang terletak hanya beberapa ratus meter dari penempatan mereka.
Ibarat 'diberi madu dibalas tuba', Umno kata mereka tidak mempedulikan nasib penduduk biarpun sudah beberapa kali bantahan dibuat.
"Patut ke bagi sampah kepada kami yang sokong mereka sudah lama?
"Kami ada mintak pertolongan ketua Umno Sri Gading, dia kata dia tak boleh tolong dan suruh kita terima sahaja, patut ke?" soal wakil penduduk Mohd Nazrin Abdul Samad.
Hampir 10 orang wakil penduduk kampung itu malam tadi tampil di pentas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini.
Mereka membawa kain rentang raksasa bertulis, "Bantah, kami tak mahu sampah, sokong Umno dapat sampah" sebagai menyatakan bantahan dan kekesalan mereka terhadap Umno.
Dalam nada merayu, Nazrin dalam ucapannya malam tadi, memohon Pakatan Rakyat membela nasib mereka kerana menganggap Umno sudah tidak boleh diharap lagi untuk membela mereka yang rata-rata orang Melayu.
"Tolong kami, kami rayu kepada Pakatan Rakyat, tolong la pindakan tapak itu jika berjaya ke Putrajaya.
"Hidup Pakatan Rakyat, menang Pakatan Rakyat. Semoga Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya," laung Nazrin disambut lebih 30,000 hadirinm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan