Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 20 Januari 2013

Bukan Tak bagi Amaran .. Dah Lama Dah ..


Rupanya isu penggunaan Kalimah Allah bukan satu perkara yang baru untuk diperkatakan bahkan perkara ini dah lama dibincangkan dan dibahaskan serta diberikan amaran oleh mufti terhadap kerajaan persekutuan. Tapi nak kata camna, menteri yang jaga jabatan agama pun tak ambil cakna bab ini. Natijahnya ialah apa yang berlaku sekarang.

 Orang yang bukan islam cuba untuk permainkan Islam itu sendiri. 

Hari ini  menurut sumber dari sinar harian edisi utara seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah, kelmarin.Muhammad Fazmin Prem Nazeer, 20, berkata, dia berasa curiga apabila melihat dua lelaki berpakaian kemas mengedar buku kecil kepada pelajar sekolah.“Apabila saya amati dan bertanyakan kepada pelajar yang menerimanya, baru saya tahu mereka mengedarkan Bible kepada pelajar,” katanya.

 Ketika itu, beliau sedang membantu datuknya berniaga di hadapan sekolah sebelum menyedari dua lelaki berkenaan turun dari sebuah kenderaan mewah yang diletakkan berhampiran pintu masuk sekolah.Menurutnya, kedua-duanya terus ke gerai datuknya dan mengedar buku itu kepada beberapa pelajar Cina yang sedang minum.“Saya bertanya kepada salah seorang pelajar mengenai buku yang diberikan itu dan dia juga memaklumkan adalah Bible. “Apabila rasa ada yang tidak kena dengan perbuatan lelaki terbabit, saya terus memerhatikan mereka dari jauh,” katanya ketika ditemui media di sini malam kelmarin.Muhammad Fazmin berkata, kedua-dua lelaki itu terus bergerak ke pintu hadapan sekolah dan mengedarkan kira-kira 50 naskah kepada pelajar yang baru pulang untuk sesi pagi dan pelajar sesi petang.

Menurutnya, Bible itu bukan sahaja diedarkan kepada pelajar Cina dan India malah pelajar Melayu.“Selepas mendapati salah seorang lelaki itu memberikannya kepada pelajar Melayu, saya terus menghampiri pelajar terbabit dan bertanya sama mengetahui apa yang diberikan itu. “Pelajar itu hanya menggeleng kepala dan terkejut apabila saya memaklumkannya adalah buku penganut Kristian,” katanya.Muhammad Fazmin berkata, salah seorang lelaki itu mungkin terdengar perbualannya dengan pelajar berkenaan dan terus meminta buku kecil itu dipulangkan.

Menurutnya, selepas mengambil semula Bible itu, lelaki berkenaan terus mengedarkan kepada pelajar lain.Muhammad Fazmin kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang cuba memanipulasikan pelajar sekolah dengan cubaan menyebarkan fahaman agama lain. “Apa yang dilakukan dua lelaki itu salah kerana mereka menyentuh sensitiviti umat Islam. Jangan cuba bangkitkan kemarahan umat Islam.“Saya sempat merakamkan gambar kedua lelaki ini dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Tiada ulasan: