Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 28 Januari 2013

Gaza vs Syria....


1-Pertembungan dan perkembangan di Gaza diketahui oleh umat Islam dan juga dunia antarabangsa dengan gambaran yang jelas. Namun tidak begitu keadaannya di Syria.

2-Musuh umat Islam di Gaza jelas dikenali kerana mereka adalah musuh umat Islam sedunia iaitu rejim zionis Israel. Situasi di Syria sangat berbeza kerana rejim Bashar al Assad mendapat sokongan Hisbullah, Iran dan juga Syiah Iraq selain daripada China dan Rusia.

3-Ketika Netanyahu membunuh seramai 161 orang (14-21 Nov 2012) orang di Gaza dan tidak lebih daripada 1,000 si sepanjang tahun 2012, Bashar al Assad telah mengorbankan lebih 60,000 orang rakyatnya sendiri sejak 15 Mac 2011 (Menurut PBB, manakala statistik pejuang Syria mengatakan jumlahnya telah melebihi 200,000 orang)

Pada ketika ini, lebih daripada 200,000 rakyat Syria dipenjarakan dan lebih daripada 700,000 orang di kalangan mereka yang tersedai sebagai pelarian di negara sempadan sambil bergelut dengan kesejukan musim dingin yang bersalji.

Insafilah, bahawa situasi di Syria pada ketika ini sebenarnya adalah lebih teruk daripada Gaza yang dikepung rejim zionis Israel.


Tiada ulasan: