Esok, bertarikh 12 Januari 2013, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan akan berkumpul di Stadium Merdeka, stadium bersejarah dengan satu matlamat.
Seperti yang dirancang, PAS, PKR dan DAP, serta Badan Bukan Kerajaan akan berkumpul di stadium yang amat bersejarah demi menuntut hak-hak masing mengikut cara yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara dan keharmonian pelbagai bangsa dan agama.
Sebagai rakyat Malaysia, tentunya saya menghormati undang-undang negara dan saya juga mahu supaya pihak pemerintah menghormatinya. Berdasarkan perkembangan dan maklumat mutaakhir, pihak polis berjanji bahawa perhimpunan kali ini tidak akan melalui jalan yang sukar seperti Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0.
Setelah rundingan dibuat, polis bersetuju menjadi pemudah cara agar perhimpunan ini berjalan lancar tanpa ada mana-mana pihak yang membuat provokasi. Hakikatnya, sejak dulu kami sememangnya mahu berhimpun secara aman demi menyampaikan tuntutan kami.
Saya berharap, pada kali ini pihak polis benar-benar berpegang pada janjinya dan mengelakkan campur tangan politik khususnya daripada Umno-BN. Berkhidmatlah untuk rakyat!/ Din Rompin/Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan