Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 12 Januari 2013

Muslihat Polis Menjelang HKR 112 Terbongkar !!


Berita panas yang diterima dari ibu negara pagi ini mendakwa pihak polis akan melakukan provokasi sesama sendiri bagi menjatuhkan imej penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini. Modus operandi mereka dikatakan lebih"licik" dari sebelumnya. Jika dalam Bersih 2.0 baru-baru ini, pihak polis dilihat meakukan berbagai keganasan terhadap para peserta namun kali ini cara yang dilakukan lebih halus dan berhemah. Sebab itu, ramai yang pelik apabila melihat pihak polis tiba-tiba nampak berlembut dengan pihak penganjur kali ini. 


Malah ada pihak yang mendakwa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mungkin tidak digunakan oleh pihak polis kali ini. Polis juga khabarnya akan memberikan kerjasama terbaik bagi membantu perjalanan himpunan ini. Namun, apa yang mengejutkan ialah adanya laporan yang diterima daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol) mengatakan polis telah siap sedia mengagihkan baju-baju berwarna yang sama dengan baju yang akan dipakai oleh peserta himpunan. Malah, sebaran maklumat perbualan dua orang anggota polis yang berjaya dirakamkan seolah-olah membuktikan akan adanya provokasi oleh pihak polis dalam keadaan mereka mengatakan mahu memberi kerjasama. 

Difahamkan, seramai 500 orang anggota polis dari unit Cawangan Khas (SB) dan10,000 rekrut baru polis simpanan dan polis biasa akan dikerahkan untuk melakukan provokasi. Jika benar dakwaan ini, maka ternyata pihak polis cuba bermain wayang dengan rakyat sebenarnya. Jika benar mereka mahu berkerjasama agar Himpunan Kebangkitan Rakyat berjalan secara aman dan tenteram maka mengapa perlu ada polis yang menyamar sebagai peserta?

Adalah lebih baik polis memakai pakaian seragam yang sama agar dikenali oleh semua pihak. Tindakan menyamar ini ada kaitan untuk membuat provokasi bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. Modus operandi yang dikesan, ribuan polis yang menyamar ini akan berada pada lokasi berasingan di kawasanStadium Merdeka, dan mereka akan bergaduh sesama sendiri supaya pihak media mengambil gambar dan video ketika kejadian. Ia bagi mengambarkan kononnya peserta himpunan bertindak ganas, sedangkan ia dilakukan oleh mereka sesama sendiri. Watak-watak mereka amat sukar untuk dikesan dengan mata kasar kerana T-Shirt yang dipakai menyerupai warna yang dipakai oleh peserta. Sila rujuk keratan  SMS antara dua orang anggota polis yang telah berjaya dikesan sejak semalam seperti yang disebarkan di laman sembang sosial Facebook.


[Jika dakwaan ini berasas, maka ia satu tindakan biadap yang cuba dilakukan oleh pihak polis atas arahan kerajaan bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Kemungkinan besar isu pergaduhan dan provokasi ini akan dijadikan modal oleh semua media arus perdana untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat sebelum Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen. Inilah masa yang paling sesuai untuk mereka mengatakan pembangkang ganas dan mahu menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. 

Media arus perdana akan menunjukkan pula imej pihak polis yang bersih dan kerajaan yang adil (beri kebenaran guna Stadium Merdeka). Imej polis pula akan dipandang bersih kerana tidak lagi mengganas seperti sebelum ini. Dengan cara ini millage kerajaan UMNO BN akan naik dihati rakyat dan mereka akan percaya dengan laporan yang disebarkan oleh media arus perdana itu nanti. Inilah dia yang akan terjadi, oleh itu semua pihak digesa bersedia dan berhati-hati dengan tindakan ini]./pahangdaily

Tiada ulasan: