Followers

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

iklan aff

iklan aff

Rabu, 16 Januari 2013

OPS Tampal Jalan Seluruh Negeri Selangor Bermula


Kerajaan Selangor dengan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan menjalankan Ops Tampal Jalan di semua jalan di negeri itu termasuk jalan persekutuan.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh 1 sehingga 15 Januari lalu, sepanjang 56,642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri.

“Banyak kerja-kerja ini masih berjalan dan akan diteruskan selagi aduan diterima daripada rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 atau menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.

Menruutnya, setiap aduan akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan.

“Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam untuk keselesaan bersama,” ujarnya.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor prihatin dengan keluhan dan aduan rakyat terhadap keadaan jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat.

Justeru, kata beliau kerajaan negeri menjalankan operasi itu termasuklah membaiki jalan persekutuan yang sepatutnya dibaiki oleh kerajaan Persekutuan.

Tiada ulasan: