Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 26 Januari 2013

Pandangan Pesuruhjaya PAS Melaka : Isu Hina Kakitangan Awam

Kenyataan Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah. Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dihadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu. "Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia" antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat. PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam. Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan mereka mengatakan "apa yang dia merepek tu".

Tiada ulasan: