Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 14 Februari 2013

Ayya Apek Cakap Belit-belit lah


Pihak polis tidak menerima sebarang laporan ancaman ke atas bintang dari Korea Selatan Psy pada Isnin lalu, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah."Saya tidak tahu sebarang ancaman keatas Psy atau sesiapapun."Ini adalah kali pertama saya dengar ini tapi mungkin ianya dikendalikan oleh Bukit Aman," kata The Malaysian Insider hari ini.

SAC Mazlan berkata sepanjang sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadiann tidak diingini walaupun ramai orang menghadirinya."Terdapat ramai orang pada hari itu, jadi kami terpaksa ketatkan kawalan keselamatan untuk memastikan keadaan selamat terhadap penyanyi tersebut dan juga Perdana Menteri," tambah beliau.Beliau berkata mungkin perkara tersebut adalah punca utama pihak polis terpaksa mengawal kawasan sekitar pentas pada hari itu.


Kenyataan beliau merujuk kepada komen daripada komen BN Teng Chang Yeow bahawa terdapat cubaan ancaman keatas diri penyanyi daripada Korea tersebut hingga memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meninggalkan pentas sebelum artis tersebut tampil membuat persembahan.Setakat yang tahu, tiada sebarang ancaman keatas Psy atau sesiapapun pada hari tersebut dan semuanya aman," ujar beliau lagi.

Awal hari ini, Teng berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi K-pop tersebut sebelum tiba di sini.Teng menafikan spekulasi mengatakan Najib meninggalkan pentas selepas Psy tidak tampil keatas pentas semasa dijemput menggaul yee sang bersama pemimpin BN tempoh hari.

Tiada ulasan: