Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 14 Februari 2013

Edisi Kantoi : Usaha Burukkan PAS Di Melaka Terbantut

Tindakan pihak tertentu yang menghantar surat dari rumah ke rumah yang mengandungi gambar berita bendera DAP dipijak oleh pihak tertentu yang kononnya daripada PAS dilihat sebagai tindakan terdesak yang tidak menguntungkan rakyat. Freddie Lim Seong Ho, Timbalan Ketua Penerangan PKR Melaka menyeru kepada pihak terbabit menghentikan tindakan yang tidak menguntungkan rakyat. 

 "Jika mereka matang, mereka harus menyahut debat diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, bukannya menyebarkan surat sebegini" Ujar beliau. Beliau mengutuk tindakan sedemikian dan menyeru pihak terbabit menghentikan tindakan sedemikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Keadilan Taman Asean. Yusof Wahab, Ketua Penerangan PAS Bukit Katil berkata tindakan ini merupakan fitnah dan ianya tidak adil kepada PAS. Beliau memaklumkan terdapat pihak-pihak tertentu yang dipergunakan oleh UMNO bagi memecahbelahkan parti dalam Pakatan Rakyat.

 "Hubungan diantara PAS-DAP adalah kukuh, malah hubungan antara PAS dan rakyat telah merentasi agama, bangsa dan bahasa. Perbezaan pendapat diantara PAS dan DAP ditangani dalam keadaan yang cukup harmoni. "Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan Karpal Sigh di rumah beliau baru-baru ini di Pulau Pinang, malah memotong kek persahabatan". "Begitu juga dalam isu kalimah Allah, Tuan Guru Nik Aziz telah mengadakan pertemuan dengan Bishop Wilayah Utara, Sebastian Josef berlangsung dalam keadaan harmoni" "Oleh itu saya melihat ada pihak yang dipergunakan oleh UMNO/BN untuk memecahbelahkan kesepakatan diantara PAS-DAP-PKR" Ujar beliau lanjut. Sidang media itu turut dihadiri oleh saudara Gui Tek dari DAP dan aktivis dari pelbagai parti./FB Otai Reformasi11

Tiada ulasan: