Followers

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

IKLAN 1

IKLAN 1

Iklan 2

Iklan 2

Rabu, 27 Februari 2013

Saifudin Nasution Ganti Zul Akidah di Kulim - Bandar Baru

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar-Kulim Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

 Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah. “Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas. ~sinar harian

Tiada ulasan:

Sample Text

Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin tidak akan bertanggungjawab ke atas Link, artikel dan apa jua bahan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Segala yang dipaparkan adalah menjadi teguran dan renungan bersama dalam menuju kearah hidup seorang muslim yang mukmin.