Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 10 April 2013

Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013

Pada hari Ahad ini 14 April 2013, Pakatan Rakyat Parlimen Jasin akan mengadakan Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013. Konvoi dijangka bermula jam 8.00 pagi bermula dihadapan Poliklinik Umbai dan berakhir di Dataran Hamas, Kampung Kelubi Jasin. Konvoi ini akan meliputi Dun-DUn yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat iaitu Dun Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dan Bemban. Konvoi akan melibatkan motosikal dan juga kenderaan yang lain. Antara objektif perlaksanaan konvoi ialah untuk merapatkan hubungan sesama ahli pakatan rakyat disamping memberi peluang kepada rakyat untuk mengenali bakal calon di kawasan mereka daripada Pakatan Rakyat. 

Di samping itu juga konvoi ini turut menerapkan konsep berdisiplin ketika berada dijalan raya dan para peserta akan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap peserta konvoi yang bakal mengikuti konvoi juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan yang akan diberikan oleh marshal-marshal yang telah dilantik.

Menurut kordinator konvoi, Sdra Aminudin Jalil, konvoi ini adalah kesinambungan konvoi semarak hijau yang pernah dilaksanakan sebelum ini dan beliau menjangkakan penyertaan akan bertambah berbanding konvoi yang pernah dianjurkan sebelum ini. Selain itu beliau juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Jasin menyarankan kepada para peserta konvoi supaya mendengar segala arahan yang diberikan serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang konvoi berlangsung. 

Pihak penganjur juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang cuba untuk mencetuskan provokasi serta mengancam keselamatan peserta konvoi yang lain. Untuk maklumat lanjut berkaitan konvoi bolehlah merujuk kepada kordinator program di talian 0196577504.

Tiada ulasan: