Sebanyak RM13,550,758.00 telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat
pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 15 Mei lalu
sebagai fi perkhidmatan (contract service fee).Demikian jawapan
bertulis Kementerian Pengangkutan kepada pertanyaan Ahli Parlimen
Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat, semalam.
Mengulas perkara itu, Hanipa berkata, selain itu sehingga 11 Jun lalu, sebanyak 673,339 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012.
Tambahnya lagi, persoalan yang paling besar adalah jumlah yang besar telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal tanpa perlu dikongsi oleh rakyat."Saya melihat di sini terdapat penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan AES dari segi perundangan."Bayaran saman yang dibayar oleh pesalah AES sepatutnya disalurkan keseluruhan kepada Perbendaharaan tetapi ini tidak sebaliknya ia turut diberikan kepada syarikat swasta," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen, hari ini.
Tambahnya lagi, untuk mengelak dari kekeliruan, kerajaan perlu mendedahkan perjanjian yang telah dipersetujui antara pihak pembekal dengan kerajaan."Awal pelaksanaan kita lihat banyak wang disalurkan kepada syarikat pembekal, sebelum terlambat kita mahu perjanjian itu didedahkan, apa yang terkandung di sebalik persetujuan yang diperolehi," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
memberitahu selain dari soal perjanjian, isu pelaksanaan AES turut
dipertikaikan apabila ia bertentangan dengan syarat-syarat yang
ditetapkan."Ada dokumen yang jelas mengatakan sebelum pelaksanaan AES, kamera tersebut perlu dibuat ujian terlebih dahulu."Apabila
ujian terhadap kamera dibuat satu sijil pengesahan dikeluarkan mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan mengikut undang-undang."Namun
persoalannya adalah ujian dilakukan pada 21 September sedangkan kaedah
serta syarat dilaksanakan pada 23 September 2012," kata beliau.
Mahfuz yang turut memberitahu, apabila kaedah pengujian kamera jelas bertentangan dengan perundangan maka kesemua saman yang telah dikeluarkan adalah tidak sah dan bayaran saman perlu dikembalikan kepada mereka yang telah membayar saman tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan